Rempit Asb 200k

 
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
OD daily interest
Friday, January 22, 2010
gunakan duit bank utk dapatkan lagi 4% dividen asb dgn cara ODASB. kita 100k dapat 8% and 95k dari od dapat 4-5% lepas tolak interrest od, so free2 jer kita untung lagi 4-5%. klu kita menyimpan cara biasa kita hanya makan 1 jer iaitu asb kita

Persoalan yg timbul ialah od tu bayar mcm mana? sama ada bulan2 byr interest atau hujung tahun bayar skali ya betul bro.... mmg itu salah satu tujuan buat od ni... menyimpan di asb with others people money... hehe
interest akan di tolak dari od tiap2 bulan, minimum rm5 sebulan.. jadi setahun min interest rm60..
cerita ckit pasal interest od ni..

interest od ni daily rest interest dan di kira secara redusing term ( mcm interest CC tapi interest od kira hari2)..
interest od ni juga berubah mengikut rate yang di tetap kan oleh BNM ( BLR).. BLR yang terbaru 5.55%
kalau guna od rm3600
jd interest nye di kira
3600 x 5.55%/365 = 3600x 0.016%
= 0.576
interest untuk 3600 tu 60sen(genap kan senang kira) satu hari..

kalau hari yang ke3 bayar od (masuk duit dalam akaun od) sebanyak rm600
nilai interest yang baru..
3000 x 5.55%/365 = 3000x 0.016%
= 0.48
interest untuk 3000 tu 50sen(genap kan senang kira) satu hari..

katakan bro tak bayar2 lepas tu... nilai 50sen tu akan bertambah dari hari ke hari hingga hari yang ke30 atau 31 atau 28(feb)
kiranya macm ni
60sen x 3 hari=rm1.80
50senx 27 hari=rm13.50
total interest untuk bulan tu RM 15.30
posted by Abdul Razak Ali @ 3:35 AM   0 comments
Maklumat mengenai overdraft dan artikel2 yang berkaitan
Monday, January 18, 2010
1. Over Dratf (OD)
2. OD Settlekan credit loan credit card
4. OD untuk pelaburan hartanah (rumah lelong,emas public gold, sewa, jual/beli)
4. OD untuk jaga persistency (bagi agent2 public gold) - Sebab saya seorang agent. Jadi OD nie boleh bantu saya dalam bisness saya...bila time org nak jual balik emas

Pengenalan...

Saya dah buat/guna pasal OD nie dalam 1 tahun lepas. Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja, tak amik port sangat, tapi bila ada masa free2 tu, saya baca balik thread pasal OD nie, terus ternampak jalan (Allah tunjukkan jalan).

Mungkin ramai orang kat luar sana yang expert pasal OD nie, saya baru je nak buat. Tapi, saya dah pun buat langkah pertama. Sebab pada saya, kalau setakat belajar teori saja, memang boleh, tapi kalau kita buat secara praktikal, kita lebih faham dan akan ingat.

Apa yang saya faham pasal OD?

Saya faham OD nie merupakan satu facilities yang ada ditawarkan oleh bank untuk kita buat pengeluaran lebih dari jumlah duit yang kita ada dalam account. So, lebih kurang loan la. Tapi dari segi interest charges dia berdasarkan BLR and gunakan konsep "daily rest" (caj hari-hari). Kalau kita tak guna duit dalam OD nie, tiada sebarang caj dikenakan. So, kalau kita nak pakai duit urgent, boleh le kuarkan duit OD nie, lepas tu bayar le balik. Tapi, lately nie saya jumpa banyak blog and forum yang bincang pasal OD nie, and saya dapat info banyak yang kita boleh manipulate kemudahan OD ni untuk langsaikan hutang credit card kita, buat insvestment property dan sebagainya.

Mengenai interest OD nie, lebih rendah berbanding dengan credit card (18% p.a). So, kalau kita guna OD utk membeli barang2 yang biasa kita pakai credit card (easy payment) dan sebagainya, kita boleh jimatkan duit kita daripada membayar interest kad kredit yang tinggi kepada bank.
Saya faham benda nie pun lepas masuk banyak forum dan blog2.

Tapi, macam mana nak mula?

p/s: Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

1- Pakai Pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD.

Dari post2 dalam forum yang saya baca, rata-rata semua gunakan pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD ni. Ada jugak yang cagarkan rumah yang dah habih bayar. Tapi, kalau yang muda2 nie, mana ada rumah dah habih bayar. Semua masih under loan lagi.

So, apa yang saya buat adalah, tukar kan ASB (dalam bentuk buku pelaburan ke sijil). So, caranya amat mudah. Bawa buku pelaburan ASB ke PNB, (HQ atau mana2 cawangan). Kalau saya hari tu saya pergi ke cawangan Shah Alam. Tak ramai orang. Sekejap je dah siap.



So, sampai je, lengkapkan borang "Penukaran Bentuk Buku ke Sijil" mcm kat bawah nie.




Ok, lepas lengkap, pegi kaunter dan diorang akan tukarkan pelaburan kita dalam bentuk sijil ASB mcm nie.



So, lepas tu, bawak sijil nie, bersama dengan photocopy IC, slip gaji sebulan ke bank yang kita nak apply account OD. Mcm saya, saya try tanya kat Maybank (sbb senang nak manage maybank2u dan dah ada current account serta commission masuk account nie) atau RHB ( yang nie proses fee murah sikit).

Ok, minggu lepas 3/11/2008, Maybank call saya, staff bank tu cakap, akaun OD saya dah approved dan ready untuk sign letter offer. So, apa lagi, bergegas le ke Maybank Ampang Park. So, dah settle semuanya, dapat le surat macam kat bawah nie.




So, kemudiannya staff maybank tu suruh saya tunggu dalam masa 2-3 minggu untuk bank readykan amount OD tu dalam current account saya. Tapi, saya check dalam account maybank saya, dalam seminggu selepas saya signed letter offer tu, saya tengok balance dalam account dah bertambah ikut amount OD yang saya apply. So, maknanya, OD dah boleh pakai......


Penggunaan OD
1. OD untuk settlekan credit card.


Ini merupakan tujuan utama saya apply OD, untuk gantikan penggunaan credit card. Sebab siapa yang tak tau interest credit card?...18% per annum. Amik kou.....so, bayangkan kalau dengan OD BLR+0% daily rest monthly compounded. So, sekarang nie BLR 6.75%, berapa banyak jimat interest tu berbanding credit card.

Sebagai contoh, credit card saya ada hutang RM 5,000. So saya keluarkan RM 5,000 dalam account OD saya untuk settlekan hutang credit card. Bila account OD saya dah berkurang, saya kena interest OD (BLR+0% daily rest), tapi oleh kerana saya nie agent insurance (komisen masuk 2 minggu sekali, bila komisen masuk je, saya terus pindahkan ke account OD, so account OD saya pernuh balik. Tak kena interest beb.

Lepas tu, kalau saya nak pakai duit untuk bayar bill atau perbelanjaan lain, saya keluarkan duit tu sikit demi sedikit. Then dalam masa 2 minggu lepas tu, masuk commission lagi, saya pindahkan dalam account OD. Jadi, interest yang saya kena bayar teramatlah kurang compare dengan credit card.

Tapi kena ingat, kita dah tak bayar credit card kan?..(sepatutnya kena bayar kalau kita tak guna duit OD)...so, duit untuk bayar credit card tu, masukkan dalam dalam ASB, tambah duit dalam ASB dan kalau dah cukup amount utk convert jadi OD, saya akan convert lagi.

So, itu je dulu sedikit info OD yang saya dah amalkan untuk settlekan credit card.

2. OD untuk pelaburan hartanah

Penat le bersaya awak nie. Now pakai aku-kou je lah. ....:D
- Untuk modal beli rumah lelong
Yang nie, ada banyak perkara kena consider, bukan terus redah. Aku sendiri menuntut dengan geng2 hartanah nie.... . Baru aku faham dan start buat.

Tips : Cari umah lelong yang below market price (and cuba nasib utk bid). Make sure study dulu lokasi dan keadaan rumah serta persekitarannya, adakah ianya sesuai untuk disewakan. Dan berapa rate sewa kat area situ. Kena buat home work sikit. Then, gunakan duit OD nie, utk bid.

Secara konsepnya...kita biasa dapat harga umah lelong below market price, kalau lebih..(rugi and kena menuntut lagi)...then, bila kita nak buat loan, loan ikut market price, of course ada margin loan kat situ. Tapi, sure korang akan terfikir, siapa yang nak bayar loan tu pulak, sebab kita buat loan baru. Sebab tu, aku cakap, perlu survey dulu, bukan main belasah je amik umah lelong, sekali tak sedar, umah kat Bukit Beruntung....masak le korang.

Jadi, bila kawasan yang tenant ramai nak sewa, duit sewa tu cover duit loan. And tenant akan bayarkan loan kita. Lepas tu pulak, ingat tak tadi , kita buat loan ikut market price...so, ada lebihan cash...apa lagi...-> ASB-OD kan lagi (top-up) sampai le ASB dah penuh. Kalau penuh, sumbat pulak kat ASW, utk buat investment rumah ke-2 dan seterusnya....

Ini yang aku buat. So, so far on track la....you all boleh cari info kat internet pasal jutawan hartanah muda2 lagi. Bermula dengan account OD-ASB ni la

3. OD untuk jadi agen emas pelaburan Public Gold

emas kenaikan 37% setahun...so......interest OD= BLR-2%.....so pandai2 la nak guna OD untuk memaksimakan untuk..jadi agen di bawah rangkaian pokli.......jadi agen banyak kelebihan...dapat beli emas murah 1.5%......buy back 5-6%.......capital gain.....spekulasi harga emas......lantik agen dan lain2....nak tahu lebih lanjut roger Pok Jak 0173172345
posted by Abdul Razak Ali @ 4:07 PM   0 comments
kes 2 - Kes en Mahmud
ok, kita dah ada 3 cadangan utk en Murad (si penyimpan 10% pendapatan yg mahu memaksimakan saving dari pendapatan dia)


utk kes 2 - Kes en Mahmud
saya letak nombor2x ni utk kita memudahkan kiraan sahaja...tuan-puan pembaca, silalah gunakan kemahiran matematik + - x / utk mengira mengikut angka angka tuan tuan sendiri ya(tak susah..cuma tukarkan je angka angka tu..kalau ada kemahuan, mesti ada jalan dia insya allah)

ok kita bermula...
En Mahmud

Gaji - 2000 sebulan
Perbelanjaan - 2000 juga sebulan (kira pendapatan = perbelanjaan)- ni dah termasuk lah ni loan kereta,sewa rumah,bil api air, makan minum etc.
Utang kad kredit ada dalam RM5k (ape dia buat entah..joli sakan pastu lupa bayar kottt)
simpanan = 0

jadi macam mana dia boleh mula menyimpan kalau tiap tiap bulan duit dia abis bayar perbelanjaan harian dia saja + utang kad kredit yg asyik bayar minimummmmm aje?
kes ni saya kira kurang berat lah.....sbab masih ada jalan, tak perlu pergi ke AKDK lagi!.

ni cadangan saya: Yg terbaik - pergilah mengaji dengan cikgu-cikgu OD kerana feel belajar dengan cikgu depan mata amatlah berlainan berbanding dengan baca sahaja. Ramai berkata, ilmu boleh dapat free dalam internet- belajar fx ikut internet,belajar kewangan ikut tenet je...tapi percayalah... cikgu tiada galang ganti dengan internet...cikgu yg baik dikenang orang! budi yg baik dibawa mati!

tapi saya terangkan serba sedikit yg saya tahulah ye disini...kawan kawan lain boleh tegur dan tambah kalau ada kurang n silap.

1. Ambil loan (personal loan)..ambillah loan yg seolah olah en Mahmud membayar kad kredit tu bulan bulan..katakan sebulan bayar kredit kad tu je dah RM 260. Jadi, en Mahmud boleh la amik loan yg bernilai 20K @ 5.5% selama 10 tahun dari Bank Rakyat ke (contoh aje ni)

2. Masukkan semua duit tu ke dalam ASB
3. Buat sijil dari ASB tu (dah ada sijil ASB 20k)
4. Buat OD dari bank (95% x 20K = RM 19,000)
5. Bayar semua hutang kad kredit tu guna duit OD. Rm 19K - RM 5k, maka duit OD yg tinggal adalah RM 14K sahaja.

sampai step ni,
maka dah selesailah hutang kad kredit anda.
langkah seterusnya;nak mula ada simpanan la kan? - macam mana?

1. kena pakai kad kredit utk belanja bayar bil,loan kereta etc (mana yg boleh). Katakan statement date kad kredit korang 1hb setiap bulan, due date 20hb kena bayar, kalau tak kena denda.
Maka korang boleh pakai kad kredit tu utk bayar bil bil tu mulai 2hb-10 hb saje - alah, nak bayar semua bil..1 hari je kan..online banking. katakan semua bil bil ni berjumlah RM1k

2. bila Due date Kad Kredit 20hb, bayar semua (RM1k) tu guna duit OD. jangan tinggal 1sen pun utang dah.

2. Gaji en Mahmud masuk pada 25hb setiap bulan - masukkan semua gaji ni kedalam OD akaun. jgn tinggal 1 sen pun.

3. belanja runcit - yg tak boleh pakai kad kredit amik daripada duit OD

4. Tiap tiap bulan, 1hb..keluarkan duit OD dalam 20-30%, bawak simpan dalam ASB.

5. cukup tahun, dapat dividen ASB, masukkan semua dividen tu ke dalam akaun OD...

en Mahmud ulang lah langkah langkah ni semula sampai la utang personal loan en Mahmud tu habis.

Kebaikan dan keburukan.

kebaikan cara ni -
1. boleh force saving - ada la jugak simpanan pak Mahmud.
2. Hutang kad kredit habis (dengan syarat dia takde la buat utang baru!)
3. hidup lebih tenang dengan perjalanan kewangan yg teratur (tinggal ikut step by step tu je tiap tiap bulan)
4. Pak mahmud boleh la berangan nak kawen 1 lagi kot

keburukan cara ni -
1. Tak merasa la dividen ASB tu - sbab kena masukkan dalam OD semula utk tampung balance OD.
2. Nak kawin 1 laie guna kaedah ni....pak mahmud kena la tunggu 10 tahun ke 15 tahun.. time tu joystick pun dah kurengg kot

pantang larang:
1. dapat duit OD tu jangan enjoy sakan..nanti menambah utang ada ler
2. jangan main sebarang sebarang je beli barang yg tak perlu atau diluar kemampuan....
3. Boleh lah mula berfikir fikir camner nak tambah pendapatan keluarga - mula belajar mengurut orang terseliuh / sakit urat / sakit badan ke....aromaterapi ke atau apa apa sajalah....jual goreng pisang depan rumah tiap tiap sabtu pun boleh, jual apam ? takpun mula belajar macam mana nak buat tauhu / pucuk etc..... eh banyak lah boleh buat...at least RM100 seminggu additional boleh dapat (p/s - saya tidak mencadangkan FX kepada en Mahmud kerana kewangan peribadi dia masih tak stabil - bermakna otak dia pun tak stabil lagi....trading is mental game...very pressure for beginner to accept loss even 1% !)
posted by Abdul Razak Ali @ 3:58 PM   0 comments
od 18k camana bayaran?
ok katakan 20k asb -> od dapat 18k

dividen utk 20k tu tetap dapat stp tahun.

Kita nak berbincang pasal pembayaran balik utk od yang kita buat 18k tadi.

so, saya akan jelaskan dari segi bagaimana pembayaran balik od 18k tu.

-adakah kita kena bayar tiap2 bulan utk od dalam tempoh tertentu [katakan 7 thn ]

- atau kita kena bayar tiap2 hujung tahun..

kat sini aku nak kongsi ilmu od yang di asas kan oleh cikgu ahmad yang aku kutip dari kelas yng lepas2 dan aku dapat dari kelas cikgu ahmad sendiri..antara petikan yang ada di kelas cikgu ahmad100..harap dapat membantu..

Workbook Modul 1

--------------------------------------------------------------------------------

1. Kirakan monthly payment untuk PL sebanyak 25000, dengan assumption ratenya adalah 6.5% term 10 tahun

2. Apakah langkah untuk seterusnya: Susun mengikut susunan yang betul

a) Buat sijil di PNB
b) Masukkan dalam ASB
c) Apply OD di mana2 bank yang menawarkannya e.g. RHB, CIMB, Maybank

3. Sekarang dengan assumption anda ada OD dah dengan RHB yang memberikan anda 95%, berapa OD yang anda ada dengan cagaran 25000?

25000 x 95% = ?

4. Jalankan kiraan untuk simulasi seperti dibawah:

Tahun 1:
OD:23750 (95% daripada 25000)
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 12 = 3600 x 8% = 228
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2228

Tahun 2: OD -3600
OD: 20150 top up 2228 = 22438
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 24 = 7200 x 8% = 576
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2576

Tahun 3: OD -3600
OD: 18838 top up 2576 = 21414
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 36 = x 8% = 864
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2864
posted by Abdul Razak Ali @ 8:57 AM   0 comments
OD ASB...200K..brape min bulan2
dlm rm1.3k sebulan ...

aku panggil ni skim lambat kaya .. dpt duit pun pakai duit orang .. apa taknya .. kita bayar RM 1.3 x 12 bulan.. next year dpt bonus/dividen .. gunakan duit tu utk bayar bulan-bulan .. kalu kena bayar lebih sikit pun tak kisah sgt sebab return tinggi ..

kiraan sempoi ..
rm 1.3k x 12 = 15,600 setahun ..

katakan dividen 7.5% = 200k x 7.5% = rm15k
kita akan kekurangan rm600 setahun /12 = rm50 (short rm50 sebulan) ... dengan hanya RM 16,200 korang akan dpt Rm 200k selepas 20 tahun .. lambat tul nak kaya .. tapi berbaloi-baloi lah ...

Invest Rm16,200 dpt rm183,000 .. ok apa ..

Anyway. tu kiraan kasar je lah .. ada la fluctuate interest dll yang tak dikira secara micro-ekonomi ..

ada orang cakap instead of ambil loan, baik saving bulan-bulan .. meh aku cita sikit ..

korang boleh simpan RM1,300 sebulan x 12 x 20 = RM312,000 .. Fuyooo .. banyak tu .. tapi ingat, tu duit sape? duit korang jugak .. duit yang korang kerja siang-malam, buat OT, buat part-time dll .. penat beb kumpul duit siang malam, so korang deserve duit tu ... berpeluh ketiak masam kumpul duit ...

(duit forex tak masuk, sebab maybe banyak yang keluar dari masuk )

sedangkan RM183k tu duit sape? duit orang lain (OPM - Other People Money).. duit bank kasi ..
__________________
posted by Abdul Razak Ali @ 7:46 AM   0 comments
RAMALAN EKONOMI 2010
Friday, January 15, 2010
Ramalan Roger Weigand (pakar ekonomi dunia) tentang ekonomi pada tahun 2010 :-

Kemelesetan Ekonomi Dunia Ke-2

Usaha pemulihan yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan seluruh dunia berupaya memperlahankan proses ke arah itu, tapi ia mencipta masalah lain iaitu kerajaan-kerajaan dunia akan mencetak duit dengan banyak akibat dari pakej pemulihan. Kesannya, penawaran wang naik dan matawang sesebuah negara akan merosot dalam julat yang besar.

Hutang Kerajaan dan Swasta tidak berbayar (NPL)

Memandangkan kerajaan-kerajaan di dunia dapat perlahankan proses kemerosotan, tapi kemerosotan tetap akan berterusan kerana hutang yang sedia ada oleh kerajaan dan swasta masih belum di bayar. Kerajaan-kerajaan di dunia dan sektor swasta terus membuat hutang dari pakej pemulihan. Kesan hutang bertambah dan keadaan ini tidak membantu memulihkan keadaan sebaliknya mempercepatkan proses ke arah itu.

Pengangguran yang tinggi serata dunia

Amerika, Eropah, Afrika dan Asia masing2 menghadapi nasib yang sama iaitu pengangguran. Pada ketika ini di Amerika 2 juta orang, Eropah 3 juta orang, Afrika 30% penduduk benua afrika, dan Asia pula pengangguran mencecah 100 juta tiada pekerjaan.

Syarikat MNC (Multinational Corporation)

Banyak syarikat gergasi yang dikenali akan rugi dan lingkup. Syarikat kereta, perumahan, insuran, hartanah, akan rugi dan di ikuti pengistiharan muflis.

Orang ramai berlumba-lumba membeli komoditi makanan, emas, perak, platinum, dan ubat-ubatan.Suasana panik dan tidak tenteram akan menyebabkan orang ramai mengeluarkan wang mereka untuk beli komoditi utama seperti makanan, ubatan, emas, perak, dan lain-lain.
DEMI MASA !SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN.KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SALIH DAN MEREKA PULA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN. TUKAR WANG KERTAS ANDA DENGAN EMAS HUBUNGI 017-3172345 HARI INI!
posted by Abdul Razak Ali @ 6:06 PM   0 comments
MENGAPA PERLU SIMPAN EMAS?
Melalui kajian berbentuk deskriptif ini, lebih banyak maklumat mengenai kebaikan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa dapat dikumpulkan.

Kajian ini akan cuba menganalisis bahawa perlaksanaan dinar emas dalam sistem pembayaran perdagangan antarabangsa dapat membantu meningkatkan kebajikan dan memakmurkan masyarakat seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara-negara yang berdagang. Ini adalah kerana, dengan penggunaan dinar emas secara total dapat menghapuskan sama sekali unsur riba’ yang mana telah menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam urusan dagangan di antara negara-negara berdagang.

Berikut 5 Sebab Mengapa Kita Perlu Melabur Dengan Emas!
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM 150 segram!! Eh..ruginya siapa lambat kawin… makin lama makin mahal cincin emas. Gaji kita pulak setahun naik la dalam 8-10% tapi susun nilai wang kertas 35 % setahun , aduhai makin banyak la hutang!
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang tahun 2009? RM 2-3 sehari pun tidak cukup.

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 100 hari ini tidak akan bernilai RM 100 lagi pada 5 tahun akan datang. Tapi 100 gram emas akan lebih bernilai 5 tahun akan datang!

Hadith Nabi Muhammad S.A.W: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal). JANGAN BERLENGAH LAGI AYUH GUNA SENJATA KITA! TUKARKAN WANG KERTAS ANDA DENGAN EMAS. HUBUNGI 017-3172345 En.Razak
posted by Abdul Razak Ali @ 6:04 PM   0 comments
loan asb terminate pada tahun ketiga..
just nak kongsi perkiraan ttg loan asb terminate pada tahun ketiga..

bagi yang ade guna od.. rase nye best la jgk buat mcm ni...
saya tahu loan asb di rhb bank...
diorang offer interst
- 3.8% untuk 2 tahun pertama
- blr-1.5 untuk 3-6 tahun berikutnye
- blr-1.6 untuk tahun ke7 dan seterusnye

saya bagi contoh untuk loan asb 200k untuk 20 tahun
- 1200/month
- setahun 14400
- div katakn 8% setahun= 16000
kira interes pulak
2 tahun petama - 200k x 3.8% x 2= 15200
3-6 tahun berikutnye- 200k x (5.5-1.5)%=8000

jadi interest untuk 3 tahun = 23200

kira berapa yang dah di simpan untuk 3 tahun.
2 tahun petama = (14400x2) - 15200=13600
3-6 tahun berikutnye= 14400- 8000= 6400

jadi duit simpan tolak interest untuk 3 tahun = 20000
bile terminate lepas 3 tahun, bank akan pulang kan nilai ni= 20000

kira dividen untuk 3 tahun tu
16000 x 3 = 48000

kalau ade nilai od yang banyak ape lagi..
guna od bayar loan asb, bila dapat dividen masuk balik ke dalam acc od... kemudian ulang untuk tahun kedua dan ketiga..

untung nye nampak kat sini 16000-14400=1600
1600 x 3 thn= 4800
4800+20000=24800

24800-14400=10400

10400 dalam mase 3 tahun dgn baki od ke nilai (+), sumbat 10400 tu masuk acc asb .. sekadar nak main kira2
posted by Abdul Razak Ali @ 8:38 AM   0 comments
orang kaya tidak seperti orang biasa
Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.

Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang
biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada
masa akan datang.

Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada
mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak
yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000
yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.

Di sini kami membongkar 12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah
pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan
dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan
untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada
matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat
dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil
insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba
untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.
posted by Abdul Razak Ali @ 8:13 AM   0 comments
nak wat saving dalam ASB guna OD - mana lagi untung
nak wat saving dalam ASB guna OD - mana lagi untung
mana lagi untung..buat saving bulan bulan secara tetap atau buat saving secara lump sum skali setahun pada awal tahun?

ni kiraan dia....

simpanan bulan2 atau simpanan lump sum tu drp akaun OD...kalau kita keluar lump sum drp akaun OD,interest OD akan jd tggi berbanding keluar bulan2 masuk ASB.

1st simpan ke asb guna duit od...

a.kalau abg simpan bulan2 rm300 n katakn div 8% setahun..
1. bulan januari rm300..div : 300x8%/12= rm 2
2. bulan feb rm300..div : 600x8%/12= rm 4
3. bulan mac rm300..div : 900x8%/12= rm 6
4. bulan mac rm300..div : 1200x8%/12= rm 8
dan kira la seterus nya...

b.kalau abg lumsump 300x12=3600
1. bulan januari lumsump rm3600 div : 3600x8%/12=rm 24
2. bulan feb : 3600x8%/12=rm 24
3. bulan mac : 3600x8%/12=rm 24
4. bulan april : 3600x8%/12=rm 24
senang kira rm24x12=rm288

ok kita tgk interest plak..int=5.55%
1.kalau bulan januari rm300.. int: 300x 5.55%/365 x 31= 1.41
2.kalau bulan januari rm3600 int: 3600x 5.55%/365 x 31= 16.90

mana satu lebih untung ni?
div-int
a.2-1.41
b.24-16.90
Quote:
check n balance...

a.kalau blan2 plak saving 300..div betul 2+4+6+8+10+12+14+16+18+20+22+24...= 156
tiap bulan bayar int.. jadi 1.4+2.8+4.3+5.7+7.1+8.4+9.8+11.2+12.6+13.9+15+16.7 0=108.9
jadi untung 156-108.9=47.1


b.kalau kita amik 3600 lumsump..kalau tiap2 bulan kita bayar int
16.90... jadi intres untuk setahun 16.90x12=202.8
jadi untung 288-202.8=85.2

pilih la mana lebih untung...
posted by Abdul Razak Ali @ 7:28 AM   0 comments
Kiraan monthly payment untuk Private loan sebanyak 25000
Workbook Modul 1

--------------------------------------------------------------------------------

1. Kirakan monthly payment untuk PL sebanyak 25000, dengan assumption ratenya adalah 6.5% term 10 tahun

2. Apakah langkah untuk seterusnya: Susun mengikut susunan yang betul

a) Buat sijil di PNB
b) Masukkan dalam ASB
c) Apply OD di mana2 bank yang menawarkannya e.g. RHB, CIMB, Maybank

3. Sekarang dengan assumption anda ada OD dah dengan RHB yang memberikan anda 95%, berapa OD yang anda ada dengan cagaran 25000?

25000 x 95% = ?

4. Jalankan kiraan untuk simulasi seperti dibawah:

Tahun 1:
OD:23750 (95% daripada 25000)
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 12 = 3600 x 8% = 228
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2228

Tahun 2: OD -3600
OD: 20150 top up 2228 = 22438
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 24 = 7200 x 8% = 576
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2576

Tahun 3: OD -3600
OD: 18838 top up 2576 = 21414
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 36 = x 8% = 864
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2864

Korang teruskan sampai ko dapat tahun ke 10

Workbook Modul 2

--------------------------------------------------------------------------------

Kiraan interest OD

Interest OD: 6.75%, since ia adalah daily rest, berapa interest sehari?
6.75% bahagi 365 = ?

1 Jan: OD ada 23750
/
/
/
31 Jan : 23750 - 300 (yg simpan bulan2 300 tu ler)

1 Feb: Interest 300 x daily int yg korang kira kat atas x 1 hari = ?
/
Tengah2 ni ada 27 hari x 300 yg diguno tadi x daily int = ?
/
28 Feb : amik 300 lagi

1 Mac : 300 + 300 dah 600 x daily int x 1 hari = ?
/
ada 30 hari in between x daily int x 600 = ?
/
31 Mac

Selepas dapat figure ni, bawak kepada cikgu ahmad100 untuk cara manipulasi dan cara merendahkan lagi kadar yg dikenakan sampai 0 pun boleh

nak best kira sampai bulan 12 hehehehe

Workbook Modul 3

--------------------------------------------------------------------------------

Berkenaan pengiraan ASB punya dividen, sepertimana yang telah pun dibincangkan dalam thread ni dan korang pun boleh check formula dia dalam prospektus ASB, hujung tahun ada dapat surat kan ada buku kecik tu, dalam tu ada formula dia, and baru aku terbaca tadi ada caj 0.35% ASB ni

so katakan 8%, korang bagi je la, 12, dapat la kadar sebulan, 8% /12 = ?

dapat figure tu korang kira dividen bagi kaedah pertama yang mana korang simpan 300 setiap bulan tadi

pastu compare ngan return bagi kaedah kedua dimana korang simpan lump sum 300 x 12 bulan = 3600 pada januari tahun itu.

apabila korang dapat figure tu tahap keyakinan korang akan naik ke tahap ainul yakin dan tanpa ragu2 lagi korang tahu kaedah mana yang lagi untung dan disini suka diingatkan korang kena pegi kelas kerana tips2 mengurankan interest dan cara 'kedekut tahi idung masin' akan diterapkan oleh cikgu2 Over draft untuk keuntungan yg lebih maksima
posted by Abdul Razak Ali @ 7:19 AM   0 comments
IA forex indicator julius 101
kang baru sampai part ada orang buat video camne nak setup EA indicator dan script

baru paham ngape awal2 Julius tu tulis macam lain ngan cara tengok skang nih, rupanya dulu manual abis, skang ni dah ada macam2 tools utk bantu apply teknik ni, kagum tengok mat salleh ni, perbincangan kat internet je mampu menghasilkan macam2 tools utk tingkatkan teknik ni, pastu buat keje free plak tu, dan sanggup berkongsi, akhlak yang murni sama yang dapat kita lihat kat CG di thread forex, ramai yang sanggup kongsi teknik secara free huhuhuhu ikhlas Allah tambah lagi rezeki

tapi respek pada lukpayat dan bujal sebab leh amik idea T101 dan cater utk teknik sendiri, memang master dah ni huhuhuhu


----------------
hndymann
Member

Member Since May 2007
1 Vouchers 256 Posts
Default Some Video Creations
Alright, I was bored today and decided to make a few video tutorials on how to install and setup the IA and Demo trading accounts for the system.

These videos are very basic so if you know how to do this already, there really is no need to watch them

Here you can find the tutorial on installing 2 copies of MT4 platform.
http://kantorfx.com/files/trader101/instaling_mt4.zip
-------------------
Here you can find the tutorial on the IA MT4 setup
http://kantorfx.com/files/trader101/ia_setup.zip
-------------------
Here you can fine the tutorial on the demo trading account setup
http://kantorfx.com/files/trader101/demo_setup.zip
-------------------
You can download all of the files I used in the tutorials here (except for the mt4setup file)
http://kantorfx.com/files/trader101/...1%20Method.zip
-------------------

Maybe these will be of use to some. Enjoy

Luke
Reply With Quote
posted by Abdul Razak Ali @ 6:17 AM   0 comments
Soalan Lazim Berkenaan OD-ASB
Memandangkan ramai yg bertanya soklan2 basic pasal OD-ASB, dibawah ni sy listkan soklan2 lazim dan juga jawapan ringkas. Sebenarnya details pasal sumer ni dah ade dlm post2 sblum ni…kena rajin lah selak dan rujuk kategori berkenaan…tapi untuk panduan ringkas, terutama kepada newbie dlm OD, boleh rujuk list dibawah.

Q: OD tu ape?

A: Singkatan bagi Overdraft. Facility dimana bank membenarkan pengeluaran wang melebihi had yg dibenarkan, iaitu menjadi negative balance = overdrawn. Interest akan di-caj keatas jumlah overdrawn dan dikira berdasarkan daily rest. Urusan boleh dibuat melalui ATM, buku cek atau online banking…dari segi urusan, takde beza dgn account bank yg biasa.

Q: Bagaimana nak apply OD-ASB?

A: Simpanan dalam ASB/ASW ditukar ke sjil di pejabat PNB. Bawa sijil ke bank panel PNB (RHB/CIMB/Maybank) dan apply Overdraft bersandarkan sijil ASB/ASW.

Q: Selepas tukar duit simpanan ASB/ASW ke sijil, duit simpanan tu dah tak tercatat dlm buku ASB/ASW?

A: Memang tak tercatat dlm buku. Tapi dlm sistem masih ade dan dividen tetap dikira. Sama mcam loan ASB la.

Q: Ape caj-caj(fees) yang terlibat?

A: Caj tukar sijil di PNB adalah RM10/sijil (dulu punye rate…kalau dh berubah, sila bgtau ye)…bile dpt approval dari bank, caj apply OD kat bank plak dari RM150 (bergantung kepada bank)…dan deposit untuk bukak current account Overdraft antara RM50-1,000 (bergantung kepada bank)

Q: Berapa lama proses untuk dapat duit OD?

A: Selepas tukar sijil, apply OD di bank. Ambil masa 3 hari – seminggu untuk lulus (bergantung kepada rekod kewangan anda dan efficiency bank). Selepas dpt approval dan buka account OD, ambil masa 2 minggu – sebulan untuk duit masuk (disburse) ke account OD. Bab ni perlukan masa sebab bank perlu berurusan dgn PNB psl kite cagarkan sijil ASB/ASW.

Q: Bagaimana nak kira interest OD?

A: Interest OD adalah daily rest. Cth bank tawarkan interest OD pada BLR-1% p.a./setahun, current BLR = 5.55%. Oleh itu, interest bagi satu hari = 4.55%/365 = 0.0125%. Bermakna, penggunaan sebanyak RM10k bagi sehari akan dikenakan int sebanyak 0.0125% x 10,000 = RM1.25.

Kalau tak topup balik RM10k tu dlm masa 30hari, secara ringkas, jumlah int = RM37.5 (tapi sebenarnya, int setiap hari tu akan dibawa ke hari seterusnya dan akan jadi principal pula utk kiraan pada hari tersebut…tapi beza dgn kiraan congak amat kecik..so ignore pun takpe) Untuk lebih detail camne nak kira, rujuk OD calculator dlm BH ni.

Q: Bagaimana nak bayar interest OD?

A: Interest setiap hari akan dicampurkan bagi satu bln, dan bayaran bagi sebulan interest itu akan ditolak dari available balance dlm acc OD. Tarikh deduction biasanya pada akhir bln (bergantung pada bank).

Cth, acc OD asal = 15k, guna 10k untuk sebulan, maka outstanding balance=10k, avalaible balance = 5k, jumlah int sebulan = RM37.5….maka, pada bln seterusnya, outstanding balance=10,037.50, available balance = 5k-37.5=RM4,962.5 (nak tepat guna OD calculator)

Q: Boleh ke apply OD guna sijil dari ASB wife?

A: Tidak. Nama pemohon acc OD mestilah sama dgn nama di sijil ASB/ASW

Q: Apa dokumen yang perlu untuk apply OD?

A: Copy sijil ASB, copy IC, slip gaji dan lain2 dokumen yg diperlukan bergantung kepada bank (dulu bawak sijil dan IC je dah boleh apply)

Q: Kalau rekod CCRIS tak cantik, atau ade CTOS, boleh ke apply?

A: Proses permohonan sama macam loan2 lain. So most probably akan sangkut.

Q: Ade tak fee bulanan/tahun yg bank kenakan keatas account OD?

A: Cth mcm RHB, tiada fee tahunan. Cuma ade fee bulanan, iaitu interest dari outstanding balance atau RM5, whicever is greater. CIMB pun sama kalau tak silap.
posted by Abdul Razak Ali @ 5:55 AM   0 comments
asb 16k dapat Rm183,00.00 untuk 20 tahun
Saving dlm rm1.3k sebulan ...untuk ambil loan asb 200k

aku panggil ni skim lambat kaya .. dpt duit pun pakai duit orang .. apa taknya .. kita bayar RM 1.3 x 12 bulan.. next year dpt bonus/dividen .. gunakan duit tu utk bayar bulan-bulan .. kalu kena bayar lebih sikit pun tak kisah sgt sebab return tinggi ..

kiraan sempoi ..
rm 1.3k x 12 = 15,600 setahun ..

katakan dividen 7.5% = 200k x 7.5% = rm15k
kita akan kekurangan rm600 setahun /12 = rm50 (short rm50 sebulan) ... dengan hanya RM 16,200 korang akan dpt Rm 200k selepas 20 tahun .. lambat tul nak kaya .. tapi berbaloi-baloi lah ...

Invest Rm16,200 dpt rm183,000 .. ok apa ..

Anyway. tu kiraan kasar je lah .. ada la fluctuate interest dll yang tak dikira secara micro-ekonomi ..

ada orang cakap instead of ambil loan, baik saving bulan-bulan .. meh aku cita sikit ..

korang boleh simpan RM1,300 sebulan x 12 x 20 = RM312,000 .. Fuyooo .. banyak tu .. tapi ingat, tu duit sape? duit korang jugak .. duit yang korang kerja siang-malam, buat OT, buat part-time dll .. penat beb kumpul duit siang malam, so korang deserve duit tu ... berpeluh ketiak masam kumpul duit ...

(duit forex tak masuk, sebab maybe banyak yang keluar dari masuk )

sedangkan RM183k tu duit sape? duit orang lain (OPM - Other People Money).. duit bank kasi ..
__________________
posted by Abdul Razak Ali @ 5:45 AM   0 comments
Kisah OD/ASB - TermLoan ASB
Wednesday, January 13, 2010
sikit pembuka minda utk semua:

soalan kuiz hari ni...
situasi:
Rajoli:
Duit simpanan ada 20K (duit simpanan dari gaji laaaa)-convert jadi sijil, cagar buat OD
buat OD - dapat 18K
buat plak Term Loan - dalam 20k utk 20tahun
anggaran % dividen ASB-8%, % interest OD - 6.5%

soalan 1:
sekiranya Rajoli tidak buat OD/ASB + term loan ASB, berapakah pulangan yg akan diperoleh olehnya dari ASB 20k tersebut (tanpa ada pelaburan tambahan) dalam masa 5thn dan 10 tahun.

soalan 2:
dengan tool OD/ASB + term loan ASB tersebut, berapakah pula anggaran jumlah wang yg akan ada dalam akaun Rajoli.Dia tidak memasukkan duit gaji beliau ke dalam OD pun, cuma bayar guna duit dividen sahaja.

haaaa... jgn dok baca aje ek thread ni....kita CAIRkan sikit otak kita. sila amik kalkulator (atau yg sebaiknya- guna excell) dan mula lah mengira ngira. Tempek jawapan anda disini. mantap ah korang
posted by Abdul Razak Ali @ 8:48 AM   0 comments
Berjimat bagi yg dah beranak pinak
ni saya baca kat satu blog tu...ada betul juga tulisan dia, n saya rasa praktikal. tapi mana ada semua cara 100% betul,100% salah...andalah yg menentukan utk diri anda sendiri.

"Kalau yg anak dah masuk tadika...tapi kita tak mampu nak hantar ke tadika mahal mahal bayaran bulanannya, tak perlu hantar ke tadika tu..banyak tadika yg berpatutan bayarannya. jangan terpengaruh dengan persekitaran anda..anda adalah anda. Didik anak bermula dari rumah. adakah anak anak yg dihantar ke tadika mahal2x, skolah mahal mahal...dijamin berjaya lepas tamat pengajiannya?n boleh jadi usahawan/orang kaya??. Semuanya terletak pada individu tu sendiri..."

jadi....fikir fikir, timbang timbang....balik rumah lepas kerja, lepas maghrib...buka kitab yg nama dia Al-QUran, duduk anak beranak...mengaji sama sama..baca tafsir sama sama... Fuhhhhh bertambah makmur hidup anda, bertambah kurang mungkar, bertambah lagi duit kocek anda....dah nampak tak..betapa indahnya islam - kat sini kita kait dengan duit aje baruuuu..belum yg lain lain ar lagi...jadi...korang nak jadi hamba yg lalai ke hamba yg taat. tuhan kasi ganjaran(RM) lagi kat dunia ni utk hamba yg taat. jadi teruslah membaca n beri idea idea bernas disini...makin korang nampak lagi benarnya Islam tu...

ehemmm.....den ado konal sorang duk KL, gaji 1800 je...keje sorang,bini suri rumah..anak 2...sentiasa cukup je duit gajinya...itu dia kita panggil'berkat'. korang fikir lah sendiri.

p/s - tulisan ni utk tazkirah diri saya sendiri. saya tulis, saya ingat, dan saya sentiasa cuba amal amalkan.
__________________
posted by Abdul Razak Ali @ 8:43 AM   0 comments
kaedah kaedah berjimat
Ok, ni ada sedikit kaedah kaedah berjimat yg yop rasa praktikal nak dibuat…
Kiranya ni serba sedikit mengenai rules no.2 tu lah….kita mula dengan orang bujang dulu

Orang bujang – mereka ini sudah selayaknya berada dalam lingkungan umur 17-25 tahun (saya ambil lingkungan umur ni sebab RAMAI orang menamatkan zaman bujangnya bila umur menjejak 26-27 tahun…lebih dari tu, kira bujang terlajak ah…..lambat ar nak merasa BEST nya kawin, bestnya dapat bantal peluk idup malam malam dan macam macam best lagi).

Sebelum ni pun saya ada menulis tentang berjimat…tapi ok je kalau utk refresher, kita ulang semula.

Utk yg bujang…
1. Amalkan rules no.1 geng bijak wang CG
2. Belajar memasak di rumah (kalau duduk rumah bujang ah)
3. Kurangkan lepak kedai mamak / coffee bean dan seangkatan dengannya…sminggu skali takpe (hadkan belanja disitu…jangan la plak tak lepak sminggu, tapi bila lepak skali, habis kaput yg dah di save selama seminggu tu…serupa tak payah) – boleh save at least RM100 kat sini sbulan

4. Belajar menahan diri dari terikut dengan arus remaja- suka tukar tukar handphone…memang membazir sungguh. Last skali, handphone yg canggih manggih tu guna utk telefon dan sms sahaja… kalau korang trader Fx, pakai PDA takper…ada gak gunanya….trade via PDA. Hehe

5. Tahan diri dari terikut ikut dengan rasukan syaitan, nak beli kereta mahal muda muda nih – kegilaan budak budak muda...nak beli vios/city/civic/lancer….. baik korang simpan dulu duit muka yg korang cadang cadang nak angkat kereta mahal tu barang 1-2 tahun lagi…..atau, korang bandingkan harga kereta tu dengan kereta nasional. Pastu korang bandingkan pulak spesifikasi kereta kereta tu dengan spec kereta Malaysia… pastu gi buat test drive pastu fikir…..apsal spec lebih kurang je tapi rega keta depa..mak aih…buleh dapat 2 kereta Malaysia? – no.4 ni sangat la sesuai kalau duit korang tu stakat so so aje….toksah blagak ar pakai keta mahal mahal tapi poket keringgggg……kami disini gelak je tengok nanti. Kalau duit korang memang dah belebih lebih, tak pe ar nak pakai…..e.g bayar kereta tu bulan bulan pakai duit dividen asb je ke or apa saja lah…yg tak menyebabkan poket korang kering…pakai vios tapi makan meggi hari hari…..baik lagi naik ex5 makan sedap hari hari.titik. kat sini je korang dah boleh save dalam RM400-500 (beza bayar kereta Malaysia vs Kereta Jepunnnnn/Continental)

6. kalau dapat save dari no.4 tu, sila la beli rumah sementara muda ni dan ikut cadangan cadangan kawan kawan dalam ni camner cara nak beli rumah n boleh bayar cepat sampai clear utang umah. Kalau korang bujang lagi, n rumah tu ada 3-4 bilik…master bed room korang duduk, lagi 3 bilik tu korang sewa kat kawan kawan korang…..buat ah rules n regulation sikit supaya kawan kawan korang ni tak mengotorkan rumah (belajar jadi pembersih sikit), slama kawan kawan korang duduk tu ah…korang tak yah kuar duit bayar duit rumah…save lagi kat sini…at least RM150 sbulan+installment rumah bulan bulan free!.

7. Err…petua cari awek aka bakal bini – ingat tak cakap Rasul – pilihlah yg beragama! Pastu baru cantik, keturunan, berharta….Selamat banyak duit korang kalau pilih yg stok stok beragama nihhhhh. (kat sini semua cerita yg ada sangkut paut dengan duit jer…hatta pilih awek pun kena ada kait mengait dengan duit hahah)

8. Jangan kedekut nak bersedekah.

9. dampingi diri dengan masjid/surau – bila orang setempat dah kenal korang…lagi murah rezeki korang…slalu ada makan free yg sedap sedapppp…nnnn.silap silap buleh offer anak dara depa yg cun melecun yg slama ni korang dok usha je tak berani nak tegur…alih alih….pak dia plak offer kat korang…gara gara slalu smayang jemaah kat masjid surau…..(ni cerita rekaan aku je..bukan nak suruh korang niat gi masjid surau nak ngorat anak dara/pak dia haha..kang korang pikir lain plak) – er….tapi benda ni memang terjadi kat adik bongsu aku – sape orang Kg aku tau ah sape adik aku tu…..

10. slalu lah doa kan ibu dan bapa anda. Lawat mereka sekerap mungkin kalau anda tak duduk ngn diorang...sbulan skali boleh????kalau duduk jauh...air asia tu murah jer....kalau booking awal awal.

11. slalu lah ingat ayat ni 'menyimpan semasa ada,berdikit dimasa sempit!'

Ok skarang saya buka untuk kawan kawan tambah lagi tips tips berjimat utk sibujang kita.....sama sama kita berkongsi idea....

p/s – jangan kata saya gatal plak – banyak masukkan unsur unsur awek dlm tulisan ni...haha...saje suka suka
posted by Abdul Razak Ali @ 8:39 AM   0 comments
Jom Berjimat Rm100 sebulan
Dapat saya simpulkan disini bahawa betapa pentingnya berjimat...
jimat rm100 sebulan x 12 bulan = 1200 setahun x 10 = 12,000 10 setahun
jimat rm200 sebulan x 12 = 2400 setahun x 10 = 24,000 10 tahun
jimat rm500 sebulan x 12 = 6000/tahun x 10 = 60,000/10 tahun

Jika penjimatan itu disalur melalui ASB...
rm12k x 8% div = 960/tahun x 10 tahun = 9600/10 tahun
rm24k x 8% div = 1920/tahun x 10 tahun = 19,200/10 tahun
rm60k x 8% div = 4800/tahun x 10 tahun = 48,000/10 tahun
jika simpanan/pelaburan itu berterusan selama 20 tahun atau 25 tahun lagi, bagaimana....

OD mempercepatkan lagi wang berkembang....
dgn rm20k - 38k dapat dilaburkan x 8% div = 3040/tahun x 10 = 30,400/10 tahun
dgn 50k - 95k dapat dilaburkan x 8 % div = 7600/tahun x 10 = 76,000/10 tahun

Mengapa perlu memaksimakan ASB...
Max ASB 200k x 8% div = 16,000/tahun = 1333.3333 sebulan...

Bro warhead ingin menjadikan max ASB 400K...
Max ASB 400k x 8% div = 32,000/tahun = 2666.6666 sebulan...

Bagaimana semua ini boleh berlaku, jika kita tidak melakukannya....
betullah kata pepatah melayu, sikit2 lama2 jadi bukit....
jika tidak bermula dgn rm1, bagaimana boleh menjadi rm100...
jika tidak bermula dgn rm100, bagaimana boleh menjadi rm1000...
jadi... beringat sebelum kena... berjimat sebelum habis....
posted by Abdul Razak Ali @ 8:38 AM   0 comments
Kes En Hamid baru mula bekerja - jr engineer katanya
Kes En Hamid
baru mula bekerja - jr engineer katanya
umur - 23-24 (baru keluar U tempatan)
Gaji yg ditawarkan - Rm2500
awek - masih mencari (walaupun dia kata single but not available )

jadi bagaimana yg sebaiknya utk siHamid baru bekerja - utk tidak jatuh ke lembah utang yg tak pernah habis abis.... lets list down our own experience for him guys/gals....yes you can(macam Bob the builder lah plak)


Jawapan.

pendapat peribadi saya.
1. sebaiknya utk yg hijau muda macam en Hamid - baru masuk bekerja - Simpan sebanyak yg boleh e.g - 20-50% daripada gaji bersih.
2. Mula merancang duit/perbelanjaan berdasarkan gaji yg tinggal selepas simpan kedalam akaun e.g ASB.
3. Tidak tinggal di rumah yg sewanya melampau sangat dan tidak lah teruk sangat condition rumah tu (alah..orang bujang dapat 1 bilik yg baik sewa dalam 150-180 sebulan cantik dahhhh)
4. Kalau nak ke tempat kerja boleh naik public transport - gunakan. Kalau nak kenderaan, motor adalah kenderaan yg baik juga (tak perlu kereta kalau tak begitu memerlukan!) - biasanya kereta ni utk yg baru bekerja - lebih kepada MAHU dari PERLU !

5. Bila dah ada simpanan etc...kalau nak beli rumah, dipersilakan - sementara tak kawin lagi...boleh sewakan bilik bilik yg kosong kepada kawan kawan (cehh..kawan kawan yg bayar ansuran rumah) - kalau digabung dengan pinjaman flexible loan rumah..5-6 tahun dah selesai pinjaman....wahhhhh Hamid kita dah ada rumah sendiri di usia muda (itu pun kalau Hamid terbaca dan ambil iktibar apa yg ditulis didalam thread ni! )
6. Elakkan Rokok (membazir), elak lepak kedai mamak hari hari (boleh save RM10 sehari kalau tak lepak situ),elak dari lepak kat starback dan seangkatan dengannya....skali sbulan or skali setiap 2 minggu ok lah...nak juga bersosial dengan kawan kawan kan....
7. Rajin rajin bersenam di taman etc (mana lah tau tengah tengah joging jumpa si dia idaman hati...boleh mintak no phone...)
8. Sentiasa dekatkan diri dengan masjid / majlis ilmu etc...lebih manfaat dari duduk kat starbak.
9. belajar masak sendiri....ni boleh save banyak woooooo(makan kat luar - makan malam boleh jejak RM10 skali makan.
10. cari lah 1 aktiviti yg boleh jadi hobi korang dan masa yg sama...boleh ada pendapatan samping sampingan...ehemmmm buat hobi jual buah/jual burger kat tepi jalan juga meningkatkan peluang Hamid nak jumpa si idaman hati + dapat duit poket juga..(jual MLM produk susah nak cari awek sbab awek slalu lari kalau nampak korang hehe...)

item no.6 dan 8 ni memangggg lah payah nak dibuat oleh orang bujang lelaki terutamaya....
kawan kawan yg lain..boleh la kasi idea idea bernas lain keh.... nantikan pulak nanti kes kes nak merempit yg sememang nya di nanti nanti kan......
e.g - jual beli emas, jual beli rumah, jual beli tanah, dan sebagainya - dengan OD sebagai medium.

P/s -itu lah untungnya kalau kita berdikit dikit dahulu, bersenang senang kemudian.....semoga kita dikurnia tuhan kebijaksanaan - bukan utk jadi scammer, tapi hadir utk membantu walau sekelumit cuma..(walaupun kadang kadang bantuan dikenakan bayaran - demmmm we're in the world where there is nothing for free - even CG ni berapa agaknya owner dia bayar utk maintain up server all the time)
posted by Abdul Razak Ali @ 8:33 AM   0 comments
Kisah si perantau..
Benar lah kata orang, orang merantau orang beruntung!

di negara kita - USD1 = RM3.6 ; 1GBP=RM6 ; 1Euro=RM5
kalau di Malaysia, kita kerja McDonald dibayar Rm4-6/jam..disana kita dibayar nombor yg sama....bezanya USD/GBP/Euro sahaja...

kalau rasa hidup diMalaysia susah nak cari makan, hutang keliling pinggang, mulalah berfikir utk merantau. Jangan takut utk merantau..kerana yg sukar ditempat orang cumalah 3 bulan awal sahaja...the rest is history.

kumpul lah dana utk diri sendiri barang 2-4 tahun dinegeri orang, dan pulanglah semula kenegara sendiri - bina kekayaan di tempat anda.

kenapa merantau ni beruntung? - kerana bila kita ditempat yg asing bagi kita...otak secara sendirinya akan melakukan tugas dia...mengatakan yg kita ni tak biasa tempat ni, kena buat yg terbaik utk diri kita utk kelangsungan hidup...camner nak survive etc....secara tak langsung..kita jadi kreatif, dan perlu kerja keras utk teruskan survival hidup. - sbab tu kita tengok mat bangla. mat indon kerja rajin disini + mereka dapat gaji yg besar nilainya dibanding dengan matawang dinegara mereka...dah nampak tak? boleh emulate dalam diri kita tak? BOLEH punya!..

ilmu,iman, akal, perlu utk kita merantau. Hang Tuah merantau dari tanah jawa ke Tanah Melayu selepas ada ilmu di dada!

p/s - ini yg saya nampak lah.Tapi ini tidak lah bermakna duduk n kerja di Malaysia ni tak beruntung! Yg penting,usaha dan kemahuan. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. amacam, setuju?
posted by Abdul Razak Ali @ 8:31 AM   0 comments
27k cash convert to Sijil Asb
salam guys ..nak tanya skit..

katakanlah skrg sy ada 27K...apa yang perlu saya buat utk menjana 27K tu menjadi sejumlah amaun..bukan nak jadi jutawan.tp nk jd financial free pada masa hadapan..

utk pengetahuan semua saya takde ape2 loan,kredit kad,hutang2,kiranya sekarang ni free dari sebarang hutang piutang..cume perbelanjaan harian je

btw utk info sy di brisbane aus dan akan pulang ke msia pd awal thn depan.

kt sini sy generate income dgn bekerja..so nett salary dalam 1.5K lepas tolak perbelanjaan..dan sejumlah dari gaji tu sy transfer ke akaun di msia..jumlah dia tak fix..ikut suke je nak transfer...

so harap2 kiranya cikgu2/rakan disini sudi memberikan idea bagaimana utk sy menjana 27K tu menjadi sejumlah amaun pada masa hadapan....


jika sekarang RM27K atau hampir2 RM27K tu dapat dimasukkan dalam akaun ASB, januari 2010 sudah ada dividen + bonus utk tahun ini, menjelang tahun depan mungkin jumlah itu akan bertambah lagi, RM27K boleh dapat OD RHB RM25K, labur RM24K(OD) + RM27K(sijil) = RM51,000 x 8%(div) = RM4080 awal tahun berikutnya
posted by Abdul Razak Ali @ 8:30 AM   0 comments
Buat personal loan untuk beli sijil Asb
1- buat personal loan 100k (sblm ni xpnh buat loan
2- beli tanah 5ekar (dh ada org yg ofer tnah ni)
3- tukar status tanah dri pertanian ke perumahan
4- pecah sempadan tanah- 1ekar = 6lot rumah,bererti 5ekar = 30lot rumah)
5- 1 lot blh dijual dlm harga 20k pling murah. so klu 30 lot = 600k..(best jer nmpk)

ok..sekarang newbie mau tanya..sekiranya newbie buat personal loan 100k, masukkn semua dlm asb, pastu buat sijil n cagarkan utk OD CIMB, blhkah newbie ambik kesmua duit dlm akaun OD sehingga licin dan beli tanah tersebut mgunakan duit OD td..newbie tahu smpai situ jer..slanjutny newbie xtahu..cmner nk bayar,jd double payment ker sbb yg personal loan tu bulanan dia 990 for 15years, untung ker rugi..dan lain-lain lagi..hmmm..rsnya pakar2 dpt fhm kan mkdsud newbie..blh jelaskan..

woo... saya pun turut teruja dengan persoalan yang dibangkitkan... sbb saya pun sedang berjinak2 dgn hartanah ni...

persoalan loan kita bincangkan kemudian nanti....

kita mulakan dgn beli tanah 5 ekar - tanah ni area mana, adakah berhampiran dgn jalanraya, berapa harga ditawarkan, jika harganya RM100K murah banget woo... RM20K seekar, biasanya harga begitu adalah utk tanah sawit atau getah yg berbatu2 jaraknya dari jalan besar

tukar status dari pertanian ke perumahan - ini memerlukan kos

pecah sempadan tanah - ini memerlukan kos untuk jurukur tanah, menambak dan meratakan tanah

kos keseluruhan RM100K + tukar status + pecah sempadan tanah = +RM100K

buat personal loan RM100K - PL RM100K setelah ditolak fee dll +-5%, payout lebih kurang RM95K
OD dgn CIMB cuma 90% x RM95K = RM85.5K

disini cuma RM85K sahaja boleh digunakan, manakala lebih dari RM100K diperlukan utk urusan diatas, untuk itu jumlah loan hendaklah memasukkira kos2 tambahan diatas

seperkara lagi yang patut diberi perhatian ialah projek diatas mengambil masa yg agak panjang, untuk itu persoalan membayar balik pijaman harus diambil berat

- bayaran balik PL RM100K - RM990 x 12 = RM11,880 setahun
- bayaran OD RM85K x 4.55% = RM3867.50 setahun (RM322.30 sebulan) - ini bayar int sahaja
pembayaran setahun RM11,880(PL) + RM3867.50(int OD) = RM15,747.50
jika projek dan jualan lot2 tanah diatas selesai dlm tempuh setahun, PL dan OD dapat dilangsaikan, jika tidak ansoran PL dan int OD akan bertambah



p/s: kadar faedah BLR 5.55%, BLR akan berubah2 mengikut keadaan ekonomi semasa, jangan guna semua OD utk back-up jika sekiranya int OD naik
posted by Abdul Razak Ali @ 8:27 AM   0 comments
cadang ingin membuat OD.Bagaimana cara?
Kes pertama

1) Bercadang nak buat loan peribadi ngan Bank Rakyat sebanyak RM30K. Bayaran bulanan RM313 selama 15 tahun.
2)Dapat jumlah Loan mungkin dalam RM28K. RM28K ni saya beli unit ASB di PNB. Pas tu covert ke sijil. Dalam tangan ada sijil ASB RM28K.
3) Sijil ASB RM28K saya cagarkan kat RHB untuk dapat kemudahan OD. Lulus dapat OD, saya keluarkan OD RM25K beli pulak unit ASB dan convert ke sijil.
4) Sijil yang bernilai RM25K tadi saya guna buat loan BSN.

Kesimpulannya saya ada nilai ASB sebanyak RM53K.

Persoalannya,
1)Saya masih tak faham nak rolling bayaran guna dividen tahunan ASB.
2)Duit loan Bank Rakyat sebanyak RM313 sebulan nak bayar guna duit maner pulak?
3)Yang sijil ASB RM25K nak buat loan BSN camner tu sbb saya memang dah buat personal loan sebelum ni berjumlah RM234 sebulan. Kene overlaping ke buat loan yang baru?
4) andaikata loan BSN yang RM25K tu lulus, maner nak saya nak cekau duit nak bayar loan tu....

PL BSN RM234 sebulan - ini dah tak dapat generate income
PL BR RM30K RM313 sebulan x 15 tahun

Pembayaran bulan sekarang RM234 + RM313 = RM547 sebulan

Hasil PL BR RM28,000
Buat OD dgn RHB 95% x RM28,000 = RM26,600
Keluarkan dari OD RM25,000, masuk ke ASB
Jumlah ASB sekarang RM28,000 + RM25,000 = RM53,000
Faedah OD 4.55% x RM25,000 = RM1137.50 setahun (RM94.80 sebulan)
Bayar faedah OD sahaja RM95.00 sebulan

Pembayaran bulan terbaru RM234 + RM313 + RM95.00 = RM642 sebulan
Pembayaran PL melalui BIRO
Pembayaran OD dari gaji

Jumlah ASB RM28,000(sijil) + RM25,000(OD) = RM53,000
Dividen + Bonus hujung tahun RM53,000 x 8% = RM4240 setahun

Keluarkan div + bon ASB RM4240 masuk dlm OD
Hutang OD anda sekarang RM25,000 - RM4240 = RM20,760
Faedah OD tahun ke-2 RM20,760 x 4.55% = RM944.58 (RM78.715 sebulan)

Untuk mengurang faedah OD, masukkan kesemua gaji dlm OD...
Perbelanjaan diambil dari OD... tinggalkan faedah bulanan utk OD

Apa perlu buat OD kedua untuk dapatkan loan BSN seperti cadangan 4 diatas, berapa pulangan dari BSN
posted by Abdul Razak Ali @ 8:08 AM   0 comments
Rumah tu ada hantu kt dalam nya.
Rumah itu 22 x100, dua tingkat - 300K
"no problem....boleh punye bayar bulan bulan"

1. perlu ke rumah besar besar sangat ni?
2. rumah tu bilik ada 5, tapi penghuninya cuma ada ibu,ayah dan anak 2 orang(contoh je)...anak pun tak mau duduk dalam bilik sorang sorang...last2x...1 bilik je yg digunakan...lagi 4 bilik...hantu yg duduk
3. kebanyakan orang - beli rumah 2 tingkat, tapi lepas setahun duduk rumah tu..semua pakat pindah tingkat bawah....tidur depan tv ramai ramai skali ngn anak (alah...orang kita memang suka tido depan tv ape...bentang toto - toksah temberang)

kita dah terlalu di momokkan dengan brouchure2x rumah yg super super mewah yg dibina oleh orang mata sepet ni...walhal kita tak perlu pun rumah yg macam tu. Kalau korang dapat jiran yg macam hell (terutamanya geng mata sepet yg bela anjing yg menyalak tak reti berhenti,pengotor tahap gaban plak tu...memang isyhhhhh tak reti nak kata lah)- mesti rasa rugi je beli umah tu

kita perlukan rumah yg sederhana je sebenarnya - bukanlah yg terlalu mahal sehingga kita terpaksa mengikat perut utk membayar ansuran bulanan rumah itu...

jadi...skali lagi, muhasabah diri....kataka tidak kepada "rumah yg dibeli utk diberi hantu tinggal"

p/s - kan ada pinjaman rumah yg daily interest...aka OD gak..haaa gunalah yg tu....mantap...
p/s2 - orang di indonesia lebih kaya dari kita sebenarnya - mereka beli rumah bayar 10x - 15x je kepada bank....down payment 20-30%.....haaa jangan tak percaya...terbeliak bijik mata korang..
posted by Abdul Razak Ali @ 8:07 AM   0 comments
Kisah kereta best - poket menangis
Kebanyakan kita (bukan anda yg membaca disini - orang kampung sebelah tu) - suka kepada kereta besar2, mahal2, n kata kereta kita kalau bawak cool je, tak dengar bunyi dari luar, takde benda longgar itu ini....etc etc....

Memang orang tu mampu nak amik loan dengan bank - loan kereta mahal ni tunjuk slip gaji je,kalau bank wat evaluation n settle insya allah dapat.

tapi,bila kita bermuhasabah (muhasabah diri sendiri), cuba kita fikirkan....
kereta:
1. kereta utk kemudahan kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

2. pilihlah kereta yg sesuai dengan kemampuan kewangan diri kita - tak salah pun kalau engineer nak pakai kereta nasional je - produa ke proton ke. bagus jugak ape

3. apa dia perbezaan ketara yg ada pada kereta nasional ni dengan kereta honda/toyota tu?- saya membanding kereta ni dengan kereta jepun kerana cuba membanding apple to apple. tak mau lah banding kereta proton dengan BMW. kelas lain tu. (saya tak mau cerita apa beza dia dari segi teknikal, cuma kita cerita dari segi wang kat sini....oh....korang kena keluarkan lebih wang utk kereta yg sama darjat duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan kereta nasional). titik.

jadi nasihat saya - utk yg belum terjebak dalam masalah 'tak cukup wang' dek kerana membayar kereta yg ansuran bulanannya macam tak masuk akal tu, ada baiknya anda semua muhasabah diri sebelum membuat keputusan kereta mana yg sesuai dengan diri anda.

p/s - kereta yg paling best, ada lah kereta yg baru dibeli jedah lepas 2-3 tahun, korang akan boring bawak kereta tu...n berhajat nak tukar kereta baru...masalahnya poket korang dah menangis takde isi sebab dok bayar kereta import yg korang kata besttt giler tu.....

tips dia - tangguhkan kemahuan. bukan tak boleh beli kereta mahal2x ni, cuma beli lah dia pakai duit dividen ke, duit orang lain ke hehe.

jgn marah aaaaa...tulisan ni muhasabah utk diri saya sendiri je(si enginyor kapok)...yg dah berangan nak angkat lancer baru tu....."jangan monyetttt"
posted by Abdul Razak Ali @ 8:06 AM   0 comments
Bagaimana saya boleh berjimat?
Kepada yg baru mula bekerja, mula nak hidup berdikari, ada duit sendiri...saya turunkan sikit pengalaman saya bagaimana saya berdikit dikit masa dipermulan awal kerjaya:

1. Saya sedar bukan dari keluarga senang, adik adik masuk U ngam ngam saya masuk alam pekerjaan.

2. Saya tak memilih kerja - apa yg halal saya sapu!time is priceless. Ada adik menunggu di U. Tak kira kerja makan gaji,sapu sampah tepi jalan ke atau niaga burger..janji ada income sendiri.

3. dapat gaji, saya masuk terus dalam buku 10% gaji tu(gaji kasar sebelum tolak epf etc)

4. saya tak pakai handphone dari zaman U, sbab..masa tu handphone lambang kemewahan. dah kerja pun, lepas kena ugut dengan bos..sbab susah nak contact saya...baru lah pakai hp(awek masa tu(dah jadi wife skarang) senyum je..sbab boleh la sms ngn saya). itu pun 3310 - handphone pertama saya yg dibeli dengan harga RM90 - rosak juga akhirnya kerana follow saya berhujan semasa bekerja selepas 1 1/2 tahun menggunakannya (saya memang kedekut bab benda benda kurang perlu nih )- telefon kedua saya sony ericson dah berusia 5thn..ok je lagi walaupun anak saya yg suka wat main helo helo(tapi skarang ni dah ada sony ericson yg baru tu -sbagai hadiah diri sendiri)

5. Saya adalah peminat barang 2nd (ini mengajar saya utk menilai barang barang elektrik yg bagus/masih boleh pakai) - masa baru mula keja - mesin basuh 2nd,periuk nasi 2nd ehhhh buleh kata banyak yg 2nd lah...seingat saya...tv je baru sbab kat giant tv 21" made in china murah...(weh..tv ni dah 7 tahun umur dia..sihat dan masih berjasa lagi...saya dah letak kat kampung..wat tengok bola bila balik kg..tak payah berebut ) - kalau korang pikir balik...barang letrik ni,kalau korang guna ikut manual dia...boleh tahan lama punye...sampai korang sendiri terfikir....ape beza cap mahal n cap murah..barang baru n barang 2nd...ok je dia operate...layan....(janji duit korang boleh save masa mula mula bekerja nih)

6. Nak kawin - saya menyimpan bagai nak rak hehe -ye lah..gatal dah nak nikah..umur 25thn(nak masuk 26 masa nikah)...memang sakan. wat majlis pun yg sederhana saja. yg penting nikah...terpaksa la ikut kata mak n ayah...lagipun 2x anak sulung..menantu 1st la katakan...walaupun tak banyak belanja tapi rabak jgk la xx,xxx. ..(err adik kawin pun saya sponsor ape cer nih.....cehhhh beruntung jadi adik kannn )

jadi, yg baru mula nak bekerja ni..boleh tangkap tak isi isi penting dalam tu...
1. Amalkan tabiat menyimpan - cash dalam tangan utk masa masa memerlukan
2. Tak semestinya yg berjenama tu OK, yg murah Out...barang 2nd boleh beat barang baru wehhhh..
3. Sedar tak sedar, duit korang banyak abis kat handphone+topup - baik korang kawin cepat cepat....bil hp korang akan jatuh mendadak! tak caya cuba lah....kawen
4. korang nak kawin - kalau dapat kongsi duit ngn pasangan lagi cantek ar...tapi kalau bleh, toksah meminjam utk kawin...bini macam bank yg punya plak kalau meminjam utk kawen...wat majlis ikut kemampuan poket bukan ikut cakap orang. Yg bab ni susah sikit nak lawan arus, tapi bolehhhhh....yg penting cameraman..amik yg ok & affordable sbab bila majlis dah abis, yg tinggal hanyalah kenangan melalui potret yg indah!+ (kena kemas kemas+utang kalau korang berutang hehe)

itu lah serba sedikit coretan saya utk orang orang yg baru nak berdikari ni...nak ikut ke tidak, tepuk poket, tanya diri...aku ini ditahap mana???

p/s - jangan pernah lupa soalan ni - sebagai seorang islam, utk apa kekayaan ini dikumpul?? adakah utk bermegah megah menunjuk nunjuk? atau apa?

hidup bukanlah utk lebih menerima..tapi hiduplah utk lebih kepada memberi.
__________________
posted by Abdul Razak Ali @ 8:05 AM   0 comments
About Me

Name: Abdul Razak Ali
Home: Pahang Darul Makmur, Malaysia
About Me: Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia. Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan Dibawah payung Rajadolarfx. .HUBUNGI 0173172345 POK JAK
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© Rempit Asb 200k Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures