Rempit Asb 200k

 
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
How to manipulate Loan ASB
Tuesday, February 16, 2010

Mungkin kepada yg takde masalah financial, kurang berminat dengan OD-ASB, atau taknak pening kepala rolling duit guna kad kredit la, cash advance la macam ODians sumer buat. Jangan risau, kita akan bincangkan dan kongsi apa saje cara yg menguntungkan. Ada lagi cara untuk anda tambah duit dalam short term. Kali ni nak bincangkan menggunakan Loan ASB.

Tajuk macam menarik, tapi macam biasa, saya just nak explain menggunakan kira2.

Method 1

Hanya simpan di ASB sebanyak RM336 sebulan selama 5 tahun.
**Total in ASB (dividen 8%) = RM24,679

Method 2

Dengan cara Loan ASB (konvensional)
*Interest : BLR-1.3% (5.2%)
*Jumlah loan : RM50,000
*Tempoh : 20 Tahun
*Penalti : 1% dari jumlah loan (ade bank yg tetapkan 1% dari jumlah baki principal…dlm cth ni saya ambil yg lebih tinggi)
*Bayaran bulanan : RM336

Cancel ASB loan selepas 5 tahun.
*Baki principal = RM41,875
*Penalti 1% dari jumlah loan = RM500

Apa yg kita dapat;
*50,000 (jumlah loan) – 41,875 (baki principal) – 500 (penalti) = RM7625
*Dividen dari ASB (50k)(dividen 8%) = RM23,466
**Total = 7625 + 23,466 = RM31,091
Mungkin ada caj lain seperti insuran. Bagaimanapun seharusnya tak melebihi 1k.

Ini hanya contoh dan hanya akan berkesan sekiranya;
*Tiada masalah dalam pembayaran bulanan.
*Tiada pengeluaran dividen dalam tempoh tersebut.

Ini baru contoh untuk 50k…kalau 100k atau 200k, korang kira la sendiri. Mungkin ada yg memperkatakan tentang kekurangan Loan ASB, tapi sebenarnya ada juga kelebihannya, seperti yg diatas. Tapi ia tetap bergantung kepada BLR dan dividen ASB.

Bagaimanapun buat sama sekarang, saya masih belum berminat dengan Loan ASB, walaupun dari kira2 kat atas ni nampak menguntungkan. Sebabnya saya lebih suka saving sambil ada cash dalam tangan (OD). Dengan cash macam2 boleh buat, mcm2 boleh rempit.. :D ..dan tak kacau my saving and dividend in ASB. Sebab Loan ASB ni bank yang pegang. Mungkin lepas buat OD account ke-2 baru saya consider balik.

posted by Abdul Razak Ali @ 6:29 AM   0 comments
Konsep OD
Tuesday, February 2, 2010
nota Mahaguru Awang tentang konsep OD:-

Konsep : Perlukan duit sebanyak Enam (6) Bulan Gaji Kasar Selepas ditolak hutang2 CC or Along
Cara2 nak mendapatkan duit tu ialah (mengikut ranking)
1) Duit simpanan sendiri
2) Duit Pinjam dari Family or Kawan2 (sebab tak de interest)
3) Refinance Rumah (at daily rest) - sebab interest dia rendah)
4) Personal Loan (bank yg offer bagus: Bank Rakyat, Bank Islam dan BSN)

Langkah2 seterusnya:

1) Bila dah dapat duit tu (at least sebanyak 6 bulan Gross Salary tolak Hutang2 CC/Along) dari 4 cara yg tersebut di atas, ko org belilah ASB (jgn tinggal 1 senpon baki duit loan tu melainkan ASBBBB kesemuanya)

2) Ko org pergi pejabat PNB (Kalau KL, kat Jln Tun Razak), tukarkan ASB ko org tu ker Sijil ASB (10min tak sampai proses tukar ke sijil ni....jgn lupa bwk buku ASB)

3) Ko org bwk sijil tu pergi ke bank (RHB recommended coz %rate rendah) then apply OverDraft Facility (OD). Biasanya proses kelulusan OD ni mengambil masa lebih kurang 3minggu (CTOS and CRIS tak boleh, application kene reject nanti). RHB akan offer 95% drp jumlah sijil ASB ko org (OD limit-maksudnya duit yg ko org boleh pakai dari OD tu-eg: Kalau sijil ASB ko org bernilai RM100K, so OD limit ko org nanti RM95k)

4)Selepas OD ko org tu approved, ko org akan dapat
a)ATM card,
b)DotCom Card <---utk internet banking
c)Cheque book

5) Dah dapat semua nie....pakailah duit2 ko org tu. Kelebihan kat sini, selain ko org boleh pakai duit loan tu buat bayar/belanja suka2 ati ko org....by year end ko org akan dapat dividen ASB (sebab ko org ada sijil....walaupon sijil tu bank pegang, tapi dividen tu tetap ko org dpt). Sebab OD interest ni cuma BLR + 0 'daily rest' (yg RHB offer skrg nie, kalau tak silap aku ahhh....nak tahu lagi, tanya RHB). Makna nya kalau ko org pakai habis duit dari OD tu pada hari pertama ko org dpt OD, interest charge yg ko org kene cuma RM6,750 (BLR=6.75) selama setahun, tapi dividen ASB ko org akan dapat RM10,000 (assume 10% per year)....so, simple calculation camni pon ko org dah untunggg....

Seperti yg aku cakap kat step No 5 tu, ko org pakailah duit OD tu sebagaimana niat/hasrat ko org tapi bukan untuk enjoy sesuka hati....baca teknik ni sampai habis!

6) Ko org kene check betul2 segala due date hutang2 ko org (hutang rumah, kereta, creditcard, loans etc). Dah confirm semua due dates tu, ko org pastikan semua payment tu diselesaikan sebelum atau pada hari due date tu dengan menggunakan samada duit cash (yg dicucuk dari OD) ataupun guna cek (dah ada buku cek kannn..) Contohnya, katakan semua due date hutang2 ko org tu pada 30hb (jarang semua due date sama), so ko org kene bayar hutang2 tu pada 30hb….ada pahamm??

7) [color="red]Pada 30hb setiap bulan, ko org mesti mengeluarkan at least 20-30% dari nett monthly income (kalau gaji rm1k, draw rm200 to 300) dari OD tu sebagai ko org punya monthly saving dgn cara membeli ASB lagi (yg ni jgn tukar ke sijil).[/color]

8) Selepas membayar semua hutang2 bulanan dan membuat saving (beli ASB pd 30hb), ko org kene masukkan pulak segala duit2 income ko org ke dalam account OD tu (OD ni sebenarnya Current Account) sehari selepas itu iaitu pada 31hb atau 1hb (utk meminimumkan interest charges daripada OD).

Kalau ko org ikut steps 5 to 8 tu betul2, insyaAllah hutang2 bulanan ko org semua boleh setel dan pada masa yang sama ko org akan ada fixed monthly saving. Aku bagi contohlah…let say;
a) Ko org ada ASB cert sebanyak RM100K, jadi OD ko org cuma RM95K.
b) Gaji bersih ko org RM3000 (ldlm payslip - lepas tolak epf & incometax)
c) Jumlah hutang bulanan ko org RM2000
d) Duit belanja dapur, poket, makan etc RM1000
skrg ko org just break even or kais pagi makan pagi….imposible utk buat saving kann??
e) So setiap bulan ko org hanya menggunakan +-RM1000 sahaja dari duit OD ko org yg berjumlah RM95K tu utk dibuat saving. (actually lagi besar OD ko org, lagi banyak monthly saving yg ko org boleh buat)
f) Untuk bulan seterusnya jumlah OD ko org akan berkurang kepada RM94K…tapi jumlah ASB ko org semakin bertambah setiap bulan….kan?kan?. Interest yg dikenakan adalah terlalu minima, iaitu 6.75 (BLR) per annum (coz of daily rest)

Gunalah OD tu sampai ko org mampussss....
posted by Abdul Razak Ali @ 4:10 AM   1 comments
OD daily interest
Friday, January 22, 2010
gunakan duit bank utk dapatkan lagi 4% dividen asb dgn cara ODASB. kita 100k dapat 8% and 95k dari od dapat 4-5% lepas tolak interrest od, so free2 jer kita untung lagi 4-5%. klu kita menyimpan cara biasa kita hanya makan 1 jer iaitu asb kita

Persoalan yg timbul ialah od tu bayar mcm mana? sama ada bulan2 byr interest atau hujung tahun bayar skali ya betul bro.... mmg itu salah satu tujuan buat od ni... menyimpan di asb with others people money... hehe
interest akan di tolak dari od tiap2 bulan, minimum rm5 sebulan.. jadi setahun min interest rm60..
cerita ckit pasal interest od ni..

interest od ni daily rest interest dan di kira secara redusing term ( mcm interest CC tapi interest od kira hari2)..
interest od ni juga berubah mengikut rate yang di tetap kan oleh BNM ( BLR).. BLR yang terbaru 5.55%
kalau guna od rm3600
jd interest nye di kira
3600 x 5.55%/365 = 3600x 0.016%
= 0.576
interest untuk 3600 tu 60sen(genap kan senang kira) satu hari..

kalau hari yang ke3 bayar od (masuk duit dalam akaun od) sebanyak rm600
nilai interest yang baru..
3000 x 5.55%/365 = 3000x 0.016%
= 0.48
interest untuk 3000 tu 50sen(genap kan senang kira) satu hari..

katakan bro tak bayar2 lepas tu... nilai 50sen tu akan bertambah dari hari ke hari hingga hari yang ke30 atau 31 atau 28(feb)
kiranya macm ni
60sen x 3 hari=rm1.80
50senx 27 hari=rm13.50
total interest untuk bulan tu RM 15.30
posted by Abdul Razak Ali @ 3:35 AM   0 comments
Maklumat mengenai overdraft dan artikel2 yang berkaitan
Monday, January 18, 2010
1. Over Dratf (OD)
2. OD Settlekan credit loan credit card
4. OD untuk pelaburan hartanah (rumah lelong,emas public gold, sewa, jual/beli)
4. OD untuk jaga persistency (bagi agent2 public gold) - Sebab saya seorang agent. Jadi OD nie boleh bantu saya dalam bisness saya...bila time org nak jual balik emas

Pengenalan...

Saya dah buat/guna pasal OD nie dalam 1 tahun lepas. Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja, tak amik port sangat, tapi bila ada masa free2 tu, saya baca balik thread pasal OD nie, terus ternampak jalan (Allah tunjukkan jalan).

Mungkin ramai orang kat luar sana yang expert pasal OD nie, saya baru je nak buat. Tapi, saya dah pun buat langkah pertama. Sebab pada saya, kalau setakat belajar teori saja, memang boleh, tapi kalau kita buat secara praktikal, kita lebih faham dan akan ingat.

Apa yang saya faham pasal OD?

Saya faham OD nie merupakan satu facilities yang ada ditawarkan oleh bank untuk kita buat pengeluaran lebih dari jumlah duit yang kita ada dalam account. So, lebih kurang loan la. Tapi dari segi interest charges dia berdasarkan BLR and gunakan konsep "daily rest" (caj hari-hari). Kalau kita tak guna duit dalam OD nie, tiada sebarang caj dikenakan. So, kalau kita nak pakai duit urgent, boleh le kuarkan duit OD nie, lepas tu bayar le balik. Tapi, lately nie saya jumpa banyak blog and forum yang bincang pasal OD nie, and saya dapat info banyak yang kita boleh manipulate kemudahan OD ni untuk langsaikan hutang credit card kita, buat insvestment property dan sebagainya.

Mengenai interest OD nie, lebih rendah berbanding dengan credit card (18% p.a). So, kalau kita guna OD utk membeli barang2 yang biasa kita pakai credit card (easy payment) dan sebagainya, kita boleh jimatkan duit kita daripada membayar interest kad kredit yang tinggi kepada bank.
Saya faham benda nie pun lepas masuk banyak forum dan blog2.

Tapi, macam mana nak mula?

p/s: Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

1- Pakai Pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD.

Dari post2 dalam forum yang saya baca, rata-rata semua gunakan pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD ni. Ada jugak yang cagarkan rumah yang dah habih bayar. Tapi, kalau yang muda2 nie, mana ada rumah dah habih bayar. Semua masih under loan lagi.

So, apa yang saya buat adalah, tukar kan ASB (dalam bentuk buku pelaburan ke sijil). So, caranya amat mudah. Bawa buku pelaburan ASB ke PNB, (HQ atau mana2 cawangan). Kalau saya hari tu saya pergi ke cawangan Shah Alam. Tak ramai orang. Sekejap je dah siap.



So, sampai je, lengkapkan borang "Penukaran Bentuk Buku ke Sijil" mcm kat bawah nie.




Ok, lepas lengkap, pegi kaunter dan diorang akan tukarkan pelaburan kita dalam bentuk sijil ASB mcm nie.



So, lepas tu, bawak sijil nie, bersama dengan photocopy IC, slip gaji sebulan ke bank yang kita nak apply account OD. Mcm saya, saya try tanya kat Maybank (sbb senang nak manage maybank2u dan dah ada current account serta commission masuk account nie) atau RHB ( yang nie proses fee murah sikit).

Ok, minggu lepas 3/11/2008, Maybank call saya, staff bank tu cakap, akaun OD saya dah approved dan ready untuk sign letter offer. So, apa lagi, bergegas le ke Maybank Ampang Park. So, dah settle semuanya, dapat le surat macam kat bawah nie.




So, kemudiannya staff maybank tu suruh saya tunggu dalam masa 2-3 minggu untuk bank readykan amount OD tu dalam current account saya. Tapi, saya check dalam account maybank saya, dalam seminggu selepas saya signed letter offer tu, saya tengok balance dalam account dah bertambah ikut amount OD yang saya apply. So, maknanya, OD dah boleh pakai......


Penggunaan OD
1. OD untuk settlekan credit card.


Ini merupakan tujuan utama saya apply OD, untuk gantikan penggunaan credit card. Sebab siapa yang tak tau interest credit card?...18% per annum. Amik kou.....so, bayangkan kalau dengan OD BLR+0% daily rest monthly compounded. So, sekarang nie BLR 6.75%, berapa banyak jimat interest tu berbanding credit card.

Sebagai contoh, credit card saya ada hutang RM 5,000. So saya keluarkan RM 5,000 dalam account OD saya untuk settlekan hutang credit card. Bila account OD saya dah berkurang, saya kena interest OD (BLR+0% daily rest), tapi oleh kerana saya nie agent insurance (komisen masuk 2 minggu sekali, bila komisen masuk je, saya terus pindahkan ke account OD, so account OD saya pernuh balik. Tak kena interest beb.

Lepas tu, kalau saya nak pakai duit untuk bayar bill atau perbelanjaan lain, saya keluarkan duit tu sikit demi sedikit. Then dalam masa 2 minggu lepas tu, masuk commission lagi, saya pindahkan dalam account OD. Jadi, interest yang saya kena bayar teramatlah kurang compare dengan credit card.

Tapi kena ingat, kita dah tak bayar credit card kan?..(sepatutnya kena bayar kalau kita tak guna duit OD)...so, duit untuk bayar credit card tu, masukkan dalam dalam ASB, tambah duit dalam ASB dan kalau dah cukup amount utk convert jadi OD, saya akan convert lagi.

So, itu je dulu sedikit info OD yang saya dah amalkan untuk settlekan credit card.

2. OD untuk pelaburan hartanah

Penat le bersaya awak nie. Now pakai aku-kou je lah. ....:D
- Untuk modal beli rumah lelong
Yang nie, ada banyak perkara kena consider, bukan terus redah. Aku sendiri menuntut dengan geng2 hartanah nie.... . Baru aku faham dan start buat.

Tips : Cari umah lelong yang below market price (and cuba nasib utk bid). Make sure study dulu lokasi dan keadaan rumah serta persekitarannya, adakah ianya sesuai untuk disewakan. Dan berapa rate sewa kat area situ. Kena buat home work sikit. Then, gunakan duit OD nie, utk bid.

Secara konsepnya...kita biasa dapat harga umah lelong below market price, kalau lebih..(rugi and kena menuntut lagi)...then, bila kita nak buat loan, loan ikut market price, of course ada margin loan kat situ. Tapi, sure korang akan terfikir, siapa yang nak bayar loan tu pulak, sebab kita buat loan baru. Sebab tu, aku cakap, perlu survey dulu, bukan main belasah je amik umah lelong, sekali tak sedar, umah kat Bukit Beruntung....masak le korang.

Jadi, bila kawasan yang tenant ramai nak sewa, duit sewa tu cover duit loan. And tenant akan bayarkan loan kita. Lepas tu pulak, ingat tak tadi , kita buat loan ikut market price...so, ada lebihan cash...apa lagi...-> ASB-OD kan lagi (top-up) sampai le ASB dah penuh. Kalau penuh, sumbat pulak kat ASW, utk buat investment rumah ke-2 dan seterusnya....

Ini yang aku buat. So, so far on track la....you all boleh cari info kat internet pasal jutawan hartanah muda2 lagi. Bermula dengan account OD-ASB ni la

3. OD untuk jadi agen emas pelaburan Public Gold

emas kenaikan 37% setahun...so......interest OD= BLR-2%.....so pandai2 la nak guna OD untuk memaksimakan untuk..jadi agen di bawah rangkaian pokli.......jadi agen banyak kelebihan...dapat beli emas murah 1.5%......buy back 5-6%.......capital gain.....spekulasi harga emas......lantik agen dan lain2....nak tahu lebih lanjut roger Pok Jak 0173172345
posted by Abdul Razak Ali @ 4:07 PM   0 comments
kes 2 - Kes en Mahmud
ok, kita dah ada 3 cadangan utk en Murad (si penyimpan 10% pendapatan yg mahu memaksimakan saving dari pendapatan dia)


utk kes 2 - Kes en Mahmud
saya letak nombor2x ni utk kita memudahkan kiraan sahaja...tuan-puan pembaca, silalah gunakan kemahiran matematik + - x / utk mengira mengikut angka angka tuan tuan sendiri ya(tak susah..cuma tukarkan je angka angka tu..kalau ada kemahuan, mesti ada jalan dia insya allah)

ok kita bermula...
En Mahmud

Gaji - 2000 sebulan
Perbelanjaan - 2000 juga sebulan (kira pendapatan = perbelanjaan)- ni dah termasuk lah ni loan kereta,sewa rumah,bil api air, makan minum etc.
Utang kad kredit ada dalam RM5k (ape dia buat entah..joli sakan pastu lupa bayar kottt)
simpanan = 0

jadi macam mana dia boleh mula menyimpan kalau tiap tiap bulan duit dia abis bayar perbelanjaan harian dia saja + utang kad kredit yg asyik bayar minimummmmm aje?
kes ni saya kira kurang berat lah.....sbab masih ada jalan, tak perlu pergi ke AKDK lagi!.

ni cadangan saya: Yg terbaik - pergilah mengaji dengan cikgu-cikgu OD kerana feel belajar dengan cikgu depan mata amatlah berlainan berbanding dengan baca sahaja. Ramai berkata, ilmu boleh dapat free dalam internet- belajar fx ikut internet,belajar kewangan ikut tenet je...tapi percayalah... cikgu tiada galang ganti dengan internet...cikgu yg baik dikenang orang! budi yg baik dibawa mati!

tapi saya terangkan serba sedikit yg saya tahulah ye disini...kawan kawan lain boleh tegur dan tambah kalau ada kurang n silap.

1. Ambil loan (personal loan)..ambillah loan yg seolah olah en Mahmud membayar kad kredit tu bulan bulan..katakan sebulan bayar kredit kad tu je dah RM 260. Jadi, en Mahmud boleh la amik loan yg bernilai 20K @ 5.5% selama 10 tahun dari Bank Rakyat ke (contoh aje ni)

2. Masukkan semua duit tu ke dalam ASB
3. Buat sijil dari ASB tu (dah ada sijil ASB 20k)
4. Buat OD dari bank (95% x 20K = RM 19,000)
5. Bayar semua hutang kad kredit tu guna duit OD. Rm 19K - RM 5k, maka duit OD yg tinggal adalah RM 14K sahaja.

sampai step ni,
maka dah selesailah hutang kad kredit anda.
langkah seterusnya;nak mula ada simpanan la kan? - macam mana?

1. kena pakai kad kredit utk belanja bayar bil,loan kereta etc (mana yg boleh). Katakan statement date kad kredit korang 1hb setiap bulan, due date 20hb kena bayar, kalau tak kena denda.
Maka korang boleh pakai kad kredit tu utk bayar bil bil tu mulai 2hb-10 hb saje - alah, nak bayar semua bil..1 hari je kan..online banking. katakan semua bil bil ni berjumlah RM1k

2. bila Due date Kad Kredit 20hb, bayar semua (RM1k) tu guna duit OD. jangan tinggal 1sen pun utang dah.

2. Gaji en Mahmud masuk pada 25hb setiap bulan - masukkan semua gaji ni kedalam OD akaun. jgn tinggal 1 sen pun.

3. belanja runcit - yg tak boleh pakai kad kredit amik daripada duit OD

4. Tiap tiap bulan, 1hb..keluarkan duit OD dalam 20-30%, bawak simpan dalam ASB.

5. cukup tahun, dapat dividen ASB, masukkan semua dividen tu ke dalam akaun OD...

en Mahmud ulang lah langkah langkah ni semula sampai la utang personal loan en Mahmud tu habis.

Kebaikan dan keburukan.

kebaikan cara ni -
1. boleh force saving - ada la jugak simpanan pak Mahmud.
2. Hutang kad kredit habis (dengan syarat dia takde la buat utang baru!)
3. hidup lebih tenang dengan perjalanan kewangan yg teratur (tinggal ikut step by step tu je tiap tiap bulan)
4. Pak mahmud boleh la berangan nak kawen 1 lagi kot

keburukan cara ni -
1. Tak merasa la dividen ASB tu - sbab kena masukkan dalam OD semula utk tampung balance OD.
2. Nak kawin 1 laie guna kaedah ni....pak mahmud kena la tunggu 10 tahun ke 15 tahun.. time tu joystick pun dah kurengg kot

pantang larang:
1. dapat duit OD tu jangan enjoy sakan..nanti menambah utang ada ler
2. jangan main sebarang sebarang je beli barang yg tak perlu atau diluar kemampuan....
3. Boleh lah mula berfikir fikir camner nak tambah pendapatan keluarga - mula belajar mengurut orang terseliuh / sakit urat / sakit badan ke....aromaterapi ke atau apa apa sajalah....jual goreng pisang depan rumah tiap tiap sabtu pun boleh, jual apam ? takpun mula belajar macam mana nak buat tauhu / pucuk etc..... eh banyak lah boleh buat...at least RM100 seminggu additional boleh dapat (p/s - saya tidak mencadangkan FX kepada en Mahmud kerana kewangan peribadi dia masih tak stabil - bermakna otak dia pun tak stabil lagi....trading is mental game...very pressure for beginner to accept loss even 1% !)
posted by Abdul Razak Ali @ 3:58 PM   0 comments
od 18k camana bayaran?
ok katakan 20k asb -> od dapat 18k

dividen utk 20k tu tetap dapat stp tahun.

Kita nak berbincang pasal pembayaran balik utk od yang kita buat 18k tadi.

so, saya akan jelaskan dari segi bagaimana pembayaran balik od 18k tu.

-adakah kita kena bayar tiap2 bulan utk od dalam tempoh tertentu [katakan 7 thn ]

- atau kita kena bayar tiap2 hujung tahun..

kat sini aku nak kongsi ilmu od yang di asas kan oleh cikgu ahmad yang aku kutip dari kelas yng lepas2 dan aku dapat dari kelas cikgu ahmad sendiri..antara petikan yang ada di kelas cikgu ahmad100..harap dapat membantu..

Workbook Modul 1

--------------------------------------------------------------------------------

1. Kirakan monthly payment untuk PL sebanyak 25000, dengan assumption ratenya adalah 6.5% term 10 tahun

2. Apakah langkah untuk seterusnya: Susun mengikut susunan yang betul

a) Buat sijil di PNB
b) Masukkan dalam ASB
c) Apply OD di mana2 bank yang menawarkannya e.g. RHB, CIMB, Maybank

3. Sekarang dengan assumption anda ada OD dah dengan RHB yang memberikan anda 95%, berapa OD yang anda ada dengan cagaran 25000?

25000 x 95% = ?

4. Jalankan kiraan untuk simulasi seperti dibawah:

Tahun 1:
OD:23750 (95% daripada 25000)
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 12 = 3600 x 8% = 228
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2228

Tahun 2: OD -3600
OD: 20150 top up 2228 = 22438
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 24 = 7200 x 8% = 576
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2576

Tahun 3: OD -3600
OD: 18838 top up 2576 = 21414
Monthly simpan: 300
Dividen: 300 x 36 = x 8% = 864
Dividen sijil : 25000 x 8% = 2000
Total Dividen = 2864
posted by Abdul Razak Ali @ 8:57 AM   0 comments
OD ASB...200K..brape min bulan2
dlm rm1.3k sebulan ...

aku panggil ni skim lambat kaya .. dpt duit pun pakai duit orang .. apa taknya .. kita bayar RM 1.3 x 12 bulan.. next year dpt bonus/dividen .. gunakan duit tu utk bayar bulan-bulan .. kalu kena bayar lebih sikit pun tak kisah sgt sebab return tinggi ..

kiraan sempoi ..
rm 1.3k x 12 = 15,600 setahun ..

katakan dividen 7.5% = 200k x 7.5% = rm15k
kita akan kekurangan rm600 setahun /12 = rm50 (short rm50 sebulan) ... dengan hanya RM 16,200 korang akan dpt Rm 200k selepas 20 tahun .. lambat tul nak kaya .. tapi berbaloi-baloi lah ...

Invest Rm16,200 dpt rm183,000 .. ok apa ..

Anyway. tu kiraan kasar je lah .. ada la fluctuate interest dll yang tak dikira secara micro-ekonomi ..

ada orang cakap instead of ambil loan, baik saving bulan-bulan .. meh aku cita sikit ..

korang boleh simpan RM1,300 sebulan x 12 x 20 = RM312,000 .. Fuyooo .. banyak tu .. tapi ingat, tu duit sape? duit korang jugak .. duit yang korang kerja siang-malam, buat OT, buat part-time dll .. penat beb kumpul duit siang malam, so korang deserve duit tu ... berpeluh ketiak masam kumpul duit ...

(duit forex tak masuk, sebab maybe banyak yang keluar dari masuk )

sedangkan RM183k tu duit sape? duit orang lain (OPM - Other People Money).. duit bank kasi ..
__________________
posted by Abdul Razak Ali @ 7:46 AM   0 comments
About Me

Name: Abdul Razak Ali
Home: Pahang Darul Makmur, Malaysia
About Me: Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia. Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan Dibawah payung Rajadolarfx. .HUBUNGI 0173172345 POK JAK
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© Rempit Asb 200k Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures